Isnin, 4 Februari 2013

    Cerita Lawak : Malam Tahun Baru 2013

    Cerita Lawak : Malam Tahun Baru 2013 | "Geng!! Berhenti rehat kejap!! Kita dah lama sangat atas motor ni. Barai juga aku. Rehat kejap!",jerit  Malik Henshin kepada anak-anak buahnya yang lain. Kelihatan 50 buah motorsikal di belakang motorsikal Malik Henshin mengikutinya masuk di kawasan rehat R&R.
    " Bro Malik Henshin, dah 10 jam kita atas motor ni. Tak sampai-sampai lagi kita ni. Ni dah pukul 8 malam ni. Sempat ke kita nak ke Dataran Merdeka untuk sambut tahun baru ni?",soal Ali Iskandar Shah kepada Malik Henshin. Dia juga sempat menjeling ke arah mat-mat motor yang tersadai di pokok-pokok akibat keletihan.
    " Sabar bro. Dah nak sampai dah kita ni. Chill up bebeh.",tenang Malik Henshin berkata-kata sambil mengelap peluh yang meleleh di dahi Ali Iskandar Shah. Tersipu-sipu malu Ali Iskandar Shah diperlakukan sedemikian rupa. Dan dia terus berlari-lari anak meninggalkan kawasan kejadian sambil sesekali menjeling Malik Henshin yang sedang tersenyum nakal. Manja mereka bergurau pada malam itu.

    Sejam berehat di situ, akhirnya geng motorsikal tersebut telah berpakat untuk memulakan semula perjalanan. Perjalanan pada hari itu sangat mendamaikan. Tersenyum riang mereka di atas motor masing-masing. Hinggakan bergema lebuhraya pada malam itu dengan lagu Chow Kit Road nyanyian mereka beramai-ramai.

    Dua jam berlalu. Secara tiba-tiba Malik Henshin menekan brek dan berhenti di tengah jalan. Akibat berhenti secara mengejut, ada antara anak-anak buahnya yang tercampak dari motor lalu tersangkut atas pokok.

    " Bro Malik Henshin? Kenapa kita berhenti ni? Kenapa muka bro pucat dan nafas bro tercungap-cungap. Bro ternampak sesuatu yang menakutkan ke?",soal Ali Iskandar Shah. 

    Ali Iskandar Shah semakin panik melihat keadaan Malik Henshin. Apa lagi bunyi nafas Malik Henshin semakin lama semakin kuat dan kakinya tergedik-gedik dengan tiba-tiba. Ali Iskandar Shah terus mengambil langkah bijak dengan membelai lembut dada Malik Henshin dan mendendangkan lagu Muara Hati nyanyian Siti Nurhaliza dan Hafiz AF. Tubuh Malik Henshin mula tenang. Air matanya meleleh secara tiba-tiba.

    " Sebenarnya.... Aku tak tau jalan."

    Berderau darah Ali Iskandar Shah mendengar jawapan Malik Henshin. Ada juga di antara anak-anak buah Malik Henshin yang mula diserang sawan akibat tidak dapat menerima perkhabaran tersebut.

    " PUI!! Tak guna punya ketua!! Lain kali kalau tak tau jalan bagitau awal-awal! Ni kita dah kat mana ni?!! Ni siapa nak jawab ni?!! Sambut tahun baru atas lebuhraya lah jawabnya kita ni!!! PUI!!"
    SAYA INGIN MEGUCAPKAN
    SELAMAT MENYAMBUT TAHUN